Tuesday, July 24, 2007

asal usul bangsa melayu masih menjadi perdebatan sarjana

Assalamualaikum dan salam aspirasi...
Seperti mana yang kita ketahui asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan walaupun terdapat beberapa kajian yang dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya, terdapat dua teori mengenai asal usul bangsa Melayu iaitu bangsa Melayu berasal daripada Yunnan(teori Yunnan) dan bangsa Melayu berasal daripada nusantara(teori nusantara). Selain itu, ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh. Teori Yunnan disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Terdapat pelbagai alasan yang menyokong teori ini. Contohnya ialah kapak tua yang mirip kepada kapak tua di Asia Tengah ditemui di kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Selain itu juga dikatakan bahawa adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku naga di daerah Assam(berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar) dan bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan erti kata lain, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada Dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan Dataran Yunnan. Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya dalam buku teks pengajian Malaysia, adapun mengatakan nenek moyang orang Melayu itu berasal daripada Yunnan. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan orang Negrito, Melayu Proto dan Melayu Deutro. Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu, diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek. Manakala perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2500 sebelum masishi. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakkan terdapat di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang yang mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang. Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1500 sebelum masihi. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran belayar. Manakala teori nusantara pula didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini disokong dengan alasan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal daripada mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa(Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena 'ambilan'. Selain itu dikatakan bahawa manusia kuno Homo Soloinensis dan homo wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. Selain itu dikatakan juga bahawa bahasa di nusantara(Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di asia tengah(Bahasa Indo-Eropah). Tetapi malangnya teori ini merupakan teori yang kurang popular di negara kita. Sekian terima kasih.